09 Mac 2012

bahasa kita dalam majalah


PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH HIBURAN

Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) majalah didifenisikan sebagai terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dan lain-lain lagi. Majalah merupakan salah satu media cetak untuk menyampaikan maklumat. Terdapat pelbagai jenis majalah yang dijual di pasaran. Antaranya majalah ilmiah dan majalah hiburan. Majalah ilmiah adalah Dewan Masyarkat, Dewan Siswa dan sebagainya. Majalah ilmiah ini membicarakan isu-isu semasa dunia tanah air. Ia dikarang oleh pengarang-pengarang yang umumnya autoritatif dalam bidang masing-masing. Manakala majalah hiburan pula adalah majalah URTV, MEDIA, mangga dan sebagainya. Majalah hiburan membicarakan tentang artis-artis. Pengarang-pengarangnya terdiri daripada golongan wartawan. Hari ini majalah hiburan paling laris di pasaran jika hendak dibandingkan dengan majalah ilmiah. Golongan remaja merupakan kumpulan yang paling gemar membacanya. Hal yang demekian terjadi kerana golongan remaja lebih suka membaca sesuatu yang ringan dan naluri remaja yang suka kepada isu-isu semasa dalam dunia artis. Tidak boleh dinafikan golongan dewasa juga mengemari majalah hiburan. Mungkin untuk merehatkan minda sambil mengentahui perkembangan semasa artis-artis kegilaan mereka.

2.0         Penggunaan bahasa dalam majalah hiburan
Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia ( antara seseorang individu dengan individu yang lain ). Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dengan manusia, manusia dengan haiwan, dan manusia dengan alam. Bahasa ini meliputi aspek lisan seperti perbualan, tulisan. Selain itu gerak badan juga merupakan salah satu bahasa untuk berhubung. Oleh itu setiap kejadian ini mempunyai bahasa yang tersendiri. Artikel ini akan menghuraikan pengguaan bahasa berdasarkan eleman-eleman bahasa dan rumus bahasa yang diperiksa terhadap majalah hiburan.

2.1      Elemen-eleman bahasa
Bagi mengetahui penggunaan bahasa dalam majalah hiburan, saya memilih tiga buah majalah sebagai bahan rumusan. Antaranya majalah URTV, Remaja,  dan Mangga. Isu-isu yang terdapat di dalam ketiga-tiga majalah ini adalah isu-isu mengenai artis-artis. Penggunaan bahasa merujuk kepada penggunaan stilistik bahasa ( gaya bahasa ) yang meliputi elemen-elemen bahasa dan rumus bahasa. Elemen-elemen bahasa  meliputi aspek diksi ( pemilihan kata ). Penggunaan diksi ini merangkumi penggunaan leksikal iaitu perkataan dengan makna seadanya atau perkataan yang membawa satu makna sahaja. Terdapat juga penggunaan  semantika dalam majalah hiburan. Semantika adalah kata yang mempunyai banyak makna.

2.3         Rumus bahasa
Rumus bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang standard dan berdasarkan rumus ( hukum bahasa ). Hukum bahasa meliputi penggunaan diksi dan betul dari segi sintaksis. Dalam majalah hiburan tidak menggunakan hukum bahasa yang betul. Terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang boleh dikesan dalam majalah hiburan. Kesalahan-kesalahan ini mungkin disengajakan atau para penulis tidak mengetahui hukum-hukum bahasa dan rumus bahasa. Rumus bahasa pula merujuk kepada pnggunaan bahasa yang piawai ( standard ) dan berdasarkan rumus ( hukum bahasa ).
2.4         Bahasa slanga
Menurut “The Oxford Companio to the English Language” oleh Tom McAithur ( 1996 ) istilah slanga ini berasal dari abad ke-18 yang bermakna “origin un certain”  iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi kata, selanga berasal dari kata “sling” iaitu sebahagian daripada ungkapan yang menghubungkaitkan dengan “begger language and rogus language” iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan. Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku iaitu tidak standard. Sering kali berubah dan secara umum berbeza dengan kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunakasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dan sebagainya)  yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi.
 Penggunan bahasa slanga ini begitu banyak terdapat dalam majalah hiburan. Antaranya perkataan “cun” ( Mangga / April 2011 / 15 ) , perkataan “awek, balak” ( Media / April 2011 / 63 ), perkataan “pakwe” ( URTV / April 2011 / 17 ).  Bahasa ini tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilah pupus setelah beberapa waktu, variasi rendah taraf daripada bahasa standard, kosa kata ada makna sendiri yang difahami oleh golongan tertentu. Sekiranya tidak dihentikan dalam bentuk penulisan ia akan timbul pula perkataan baru dan akan merosakkan bahasa. Penggunaan perkataan sebegini begitu ketara sekali dalam majalah-majalah hiburan. Golongan wartawan atau penulis dalam majalah hiburan sering menggunakan perkataan sedemekian kerana pembaca adalah merupakan golongan remaja yang sering menggunakan perkataan ini. Seharusnya penggunaan perkataan ini tidak boleh digunakan kerana ianya bukan bahasa baku dan tidak standard. Hanya golongan yang tertentu sahaja memahami perkataan ini. Langkah pencegahan perlulah diambil agar tidak berlaku pencemaran bahasa. Para wartawan mestilah memikirkan penggunan bahasa dalam majalah mereka agar kedaulatan bahasa melayu tidak terhakis. Walaupun bahasa slanga ini digunakan oleh golongan dewasa kita boleh menghapuskannya sedikit demi sedikit dalam bentuk penulisan. Sekiranya majalah-majalah hiburan tidak menggunakan bhasa slanga, lama-kelamaan bahasa ini akan terhakis.
2.5         Bahasa Rojak
Bahasa rojak telah dikesan seawal zaman kesultanan melayu Melaka apabila satu entrepot antara bangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402. Wujudnya bahasa rojak ini ekoran terdapat pelbagai bangsa di Melaka. Asalnya bahasa perbualan pedagang dunia dan penduduk yang mengguna pakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan mengikut kata ensiklopedia Malaysia ( vol. bahasa dan budaya ) ini merupakan sebahagian pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai bahasa rojak Malaysia. Penggunaan bahasa rojak di Malaysia merupakan topik yang kontrovasi oleh kerana para pengkaji bahasa menggangapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa.
Satu fonomena yang merebak di dalam majalah hiburan. Bahasa rojak yang sering digunakan dalam majalah hiburan adalah Bahasa Melayu di capur dengan Bahasa Inggeris. Contoh penggunaan bahasa inggeris “so” ( Mangga / April 2011 / 13 ) . Mengapakah tidak digunakan perkataan jadi?. Sepatutnya majalah ini menggunakan perkataan melayu kecuali perkataan pinjaman dalam Bahasa Inggeris. Perkataan “single” ( Mangga / April 2011 / 66 ) seharusnya perkataan “single” dalam Bahasa Melayu ialah bujang. Sekiranya wartawan majalah hiburan menggunakan bahasa melayu tidak akan timbul krisis bahasa di dalamnya. Banyak lagi penggunaan bahasa rojak Bahasa Melayu dicampur dengan Bahasa Inggeris dalam majalah hinuran. Wartawan majalah hiburan begitu selesa menggunakan bahasa rojak ini tanpa memikirkan kesan negetif pada penulisan mereka. Terdapat bahasa rojak dicampurkan dengan bahasa cina “lu mesti ikut gua” ( Media / April 2011 / 38 ). Perkataan itu boleh digantikan dengan awak mesti ikut saya. Bahasa boleh mencermikan identity sesebuah negara. Perkara ini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh.
2.6         Kesalahan tanda baca
Tanda baca adalah tanda atau simbol yang digunakan dalam tulisan. Tanda baca bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan kebiasaannya untuk intonasi (turun naik nada suara) serta untuk penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang.beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis. Tanda baca juga bertindak untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
Jenis-jenis tanda baca dalam Bahasa Melayu adalah titik atau noktah (.), koma (,), sempang (-), tanda pengikat kata atau petik (“…”), titik bertindih atau noktah bertindi (:), tanda Tanya (?), tanda seru (!). Dalam majalah hiburan kesalahan-kesalan ini kerap berlaku. Kesalahan yang paling ketara dalam majalah hiburan ialah tanda tanya, ayat seruan, tanda pengikat kata atau petik.
2.6.1     Tanda Tanya (?)
Kata tanya pada awalnya dalam bahasa latin adalah untuk mengindahkasikan pertanyaan. Orang harus menuliskan “question” di akhir kalimah untuk menandakn kalimah tersebut adalah kalimah tanya. Maka untuk menghemat tempat, kata tersebut disingkatkan menjadi “qo”, yang mana kemudian dimampatkan lagi menjadi huruf ”q” kecil di atas huruf “o” yang akhirnya makin lama makin habis dan garis mirip cacing persis seperti tanda tanya sekarang. Tanda tanya digunakan pada akhir ayat tanya atau pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata (‘”). Dalam majalah hiburan kesalahan ini dapat dikesan. Penggunaan tanda tanya telah ditulis selepas penutup kata. Contoh “Adakah anda bahagia sekarang”? (Media / April 2011 / 73). Sepatutnya tanda tanya ini ini berada sebelum penutup ( “ ) kata. Sebetulnya ia ditulis “Adakah anda bahagia sekarang?”. Kesalahan yang dapat dikesan lagi, tidak menggunakan pada ayat tanya. Contoh “orang secantik Kris pasti sudah berpunya, betul tak!”. ( Mangga / April 2011 / 39 ). Beliau menggunakan tanda seru pada ayat tanya tersebut. Tempat itu perlu diletak tanda tanya. Wartawan majalah hiburan tidak menitikberatkan penggunaan tanda tanya dalam etikal mereka. Seharusnya perkara ini tidak berlaku dalam bentuk penulisan agar Bahasa Melayu dapat ditingkatkan.
2.6.2     Tanda seru
Tanda seru seperti juga tanda tanya pada awalnya dimulai dengan memupuk huruf. Tanda ini berasal dalam bahasa lain “io” yang bererti “seruan kegembiraan”. Ketika huruf “i” ditulis di atas huruf “o”, lama-lama dipersingkat tanda seru sperti tanda seru sekarang. Tanda seru ini digunakan dalam ayat seruan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan. Antaranya adalah “aduh” menyatakan perasaan sakit, “cis” menyatakan peresaan mengejek atau marah, “eh” menyatakan perasaan hairan atau terkejut, “hai” menegur seseorang atau menarik perhatian, “nah” memberikan sesuatu atau menarik perhatian, “oh” menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa dan sebagainya, “wah” untuk menyatakan perasaan kagum, “amboi” menyatakan rasa kagum atau hairan, “wahai” menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian, ‘aduhai” untuk menyatakan perasaan hati yang kecewa, “tahniah” atau “syabas” menyatakan rasa bangga terhadap kejayaan seseorang, “alamak” untuk menyatakan perasaan terkejut, “bedebah” untuk menyatakan perasaan marah, “alahai” untuk menghina, “ha” untuk menyatakan perasaan hairan, “ya Allah” untuk menyatakan perasaan terkejut, “masya – Allah” untuk menyatakan perasaan hairan atau marah. Pada akhir ayat seru mestilah di letakkan tanda seru (!).
Majalah-majalah hiburan nampaknya tidak menggunakan tanda seru (!) di tempat yang betul. Contohnya “Wah… banyaknya kamera milik bintang Mystarz lg musim ke-2, Nasrin atau nama penuhnya Wan Nashrinie Zafri (22 tahun) ni” ( Mangga / April 2011 / 23 ). Wartawan majalah hiburan ini terkejut melihat kamera milik Wan Nashrinie Zafri yang terlalu banyak, tetapi tidak menggunakan tanda seru (!) yang betul. Seharusnya selepas wah dimasukan koma (,) dan di akhir ayat di letakkan tanda suru (!). Sepatutnya ayat tersebut ditulis “Wah, banyaknya penggunan kamera milik bintang Mystarz lg musim ke-2 !”. Terdapat juga penggunaan tanda seru (!) di letakkan bukan di tempat yang betul. Contoh “Orang secantik kris sudah pasti sudah berpunya, betul tak!” ( Mangga / April 2011 / 39 ). Seharusnya tedak perlu memasukkan tanda seu (!) pada ayat tersebut. Ayat itu merupakan ayat tanya. “Tahniah mangga ucapkan kepada pasangan pengantin baru penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan pelawak kumpulan sepah, Shahmira Muhamad ( Shuib ) yang diijabkabulkan pada 26 Februari lalu di Jeumpa D’Roma, Bangsar” ( Mangga / April 2011 / 26 ). Selepas tahniah tidak di letakkan koma ( , ) dan di akhir ayat tidak di letakkan tanda seru ( ! ). Para penulis dalam majalah hiburan langsung tidak memikirkan penggunaan tanda seru ini di dalam etikal penulisannya. Pekara ini perlu diambil berat oleh penulis kerana golongan yang paling ramai membaca majalah hiburan adalah golongan remaja.
2.6.3     Pengikat kata atau tanda petik ( “ )
Tanda pengikat kata atau tanda petik ( “ ) adalah kata yang digunakan dalam keadaan-keadaan yang tetentu seperti menulis cakap ajuk atau pada jadual sesuatu karangan, puisi, etikal dan sebagainya di dalam ayat. Penggunaan tanda petik ( “ ) ini hendaklah digunakan di tempat yang betul. Dalam majalah hiburan penggunaan tanda petik ( “ ) ini tidak dititiberatkan. Contoh “sekarang ni kita boleh tengok ramai penyanyi baru muncul ( Mangga / April 2011 / 23 ). Tanda petik di letakkan sebelum perkataan “sekarang”. Tidak perlu meletakan tanda petik ( “ ) ini kerana ia bukanlah dalam cakap ajuk. Ayat tersebut adalah ayat penyata. “Hehe … Alhamdulillah, hubungan kami masih baik seperti biasa. ( Mangga / April 2011 / 36 ). Di akhir ayat tidak di letakkan tanda petik ( “ ). Seharusnya di letakkan tanda petik kerana ayat tersebut adalah cakap ajuk. Jelaslah amat ketara majalah hinuran terutama majalah Mangga  begitu banyak sekali kesalahan penggunaan tanda petik ( “ ).

3.0         Penggunaan huruf besar
Huruf besar adalah huruf yang digunakan dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Antaranya adalah huruf besar sebagai huruf pertama kata pada awal kalimah, huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan nama Tuhan dan kitab suci termasuk kata ganti untuk Tuhan. Huruf pertama dari nama gelaran kehormatan, keturunan dan keagamaan yang diikut nama orang, nama jabatan, dan pangkat. Ia juga diguna pada huruf pertama nama orang, huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa. Huruf pertama untuk tahun, bulan, hari raya, dan persitwa, huruf pertama nama geografi, huruf pertama nama negara, huruf pertama gelaran dan pangkat. Pengunaan huruf besar amat penting dalam penulisan kerana ia akan menetukan betul atau salah penggunaan bahasa. Terdapat beberapa kesalahan peraturan penggunaan huruf besar dalam majalah hiburan. Salah penggunaan menyebabkan editing akan menjadi lebih panjang. Majalah banyak menggunakan huruf besar dengan tidak mengikut peraturan tatabahasa. Contohnya nama orang atau kata nama khas ditulis dengan huruf besar kesemuanya “Cara DAFI elak buatan orang” ( Mangga / April 2011 / 27 ). Sepatutnya ditulis “Cara Dafi elak buatan orang”. Dafi adalah nama orang yang merujuk kata nama khas. Dalam majalah Mangga telalu banyak kata nama khas terutama nama orang ditulis dengan huruf besar kesemuanya. Terdapat juga penggunaan huruf kecil pada nama Tuhan. Contohnya “Doa anak yang solehah akan sentiasa dimakbulkan oleh tuhan” ( Mangga / April 2011 / 79 ). Tuhan telah ditulis dengan huruf kecil. Terdapat juga penggunaan huruf besar di tengah-tengah ayat sedangkan tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Contohnya “Kecewa sangat Mungkin dia dah ada pakwe lain kut” ( Mangga / April 2011 / 84 ). Huruf “M” pada perkataan mungkin ditulis dengan huruf besar. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Penggunaan huruf besar dicampur dengan huruf kecil pada kata nama khas. “ZaRinA” ( URTV / April 2011 / 78 ). Kata nama khas seharusnya titulis dengan huruf besar pada huruf pertama. Ternyata majalah hiburan banyak menggunakan kata nama khas tidak pada tempat yang betul.

4.0         Singkatan perkataan
Singkatan perkataan adalah sesuatu perkataan telah disingkatkan. Perkataan yang disingkatkan itu salah dalam standard Bahasa Melayu. Majalah Mangga banyak menggunakan singkatan perkataan. Contoh Kuala Lumpur disingkatkan “KL” ( Mangga / April 2011 / 32 ). “AF” ( Mangga / April 2011 / 66 ). “AF” ialah Akedemi Fantasia, tetapi telah disingkatkan dalam majalah Mangga. Dalam penulisan Bahasa Melayu singkatan huruf tidak boleh ditulis. Wartawan majalah hiburan sengaja menggunakan singkatan perkataan kerana golongan yang membacanya adalah golongan remaja. Golongan remaja sering menggunakan bahasa singatan mereka semasa menghantar mesej dalam telefon bimbit. Perkara ini tidak harus berlaku kerana salah dari segi penulisan Bahasa Melayu. Sekirannya tidak disekat dari awal lagi, kemungkinan Bahasa Melayu akan hilang jati dirinya.

5.0         Penggunaan dielak
Di Malaysia terdapat banyak variasi bahasa. Variasi ini ialah perbezaan bentuk-bentuk bahasa antara negeri. Dengan ini terdapat perbezaan dialek antara pengguna berdasarkan daerah atau perbezaan geografi. Terdapat juga perbezaan idiolek iaitu perbezaan sebutan antara individu dengan individu yang lain. Oleh itu wujudnya isoglos iaitu garis sempadan linguistik yang memisahkan satu dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa. Dielek adalah kelainan bahasa yang bebeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku yang digunakan secara tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian mereka. Penutur dialek ini tidak patuh kepada peraturan tatabahasa dan tidak mementingkan tatabahasa. Sebutannya pula tidak tepat dan tidak mengikut ejaan yang betul. Ianya menggunakan unsur-unsur  kependekan kata dan sistem sapaan yang berbeza. Dalam majalah-majalah hiburan banyak digunakan bahasa dialek. Contohnya “haha… bila dah nakal tu, faham-faham saje la” ( Mangga / April 2011 / 63 ). Ejaan sahaja telah disingkatkan dan ditulis “saje”. Ejaannya pula salah. Sepatutnya huruf “e” itu diganti dengan huruf “a”. “Mangga ucapkan selamat Berjaya ye” ( Mangga / April 2011 / 41 ). Ejaan “ye” salah, ejaan yang betulnya ialah “ya”. “Hang tu mai sini sat” ( Media / April 2011 / 76 ). Di sini jelas sekali dialek Kedah ditulis dalam penulisannya.  Fonomena ini berlaku kerana kebanyakan golongan wartawan majalah hiburan menggunakan neka rendah dalam penulisannya. Sebutan yang digunakan pula tidak sempurna. Perkataan-perkataan yang ditulis tidak berbentuk lengkap. Ayat dan intonasi yang digunakan tidak rapi. Situasi sebegini berlaku kerana wartawan majalah hiburan mewujudkan dialek sosial dalam bentu penulisan. Seharusnya wartawa peka terhadap penulisan mereka dengan menggunakan bahasa baku yang betul. Walaupun setiap individu atau setiap negeri mempunyai bahasa dialek masing-masing, Bahasa Melayu baku mestilah digunakan dalam situasi formal. Dengan menggunakan Bahasa Melayu baku, ia akan menjamin kedaulatan bahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan