Teks
Pengacara Majlis
Hari
Anugerah Cemerlang 2011
PEMBACA
|
SKRIP
|
ATURAN MAJLIS
|
Cik eym
|
Bismillah
Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI
WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...
Assalamualaikum w.b.t....
Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Melati kuntum tumbuh
melata,
Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.
Yang Dialu-alukan,
Encik Woo Yuen Seng – Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya
Yang Berusaha, EN.abdul
rahman bin mansor,
Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Puchong Jaya.
Yang Dihormati,
barisan Guru Penolong Kanan SKPJP :
Puan Rafeah binti Basri – GPK Pentadbiran
Puan tee Lin Choo – GPK Ko-Kurikulum
Puan raja Ainon binti Raja Abdul Rahman – GPK HEM
Barisan Ahli
Jawatankuasa PIBG SKPjP sesi 2010/2011 guru-guru penjana modal insan gemilang,
para ibu bapa pendukung generasi berwawasan, , dan seterusnya muridku anakku
sayang.
Selamat datang ke Hari Anugerah Cemerlang Sek.Kebangsaan
Puchong Jaya 2011
Puji
dan syukur ke hadhirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat sama-sama
kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita
dalam bidang pendidikan.
Tetak buluh panjang suluh,
Mari jolok sarang penyengat; Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.
|
UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
|
faisol
|
Hadirin
dihormati.
Bagi
memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz ...................................................
, dipersilakan…
Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada Ustaz ....................................................................
kerana mengetuai bacaan doa itu tadi.
Mudah-mudahan kita diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan
majlis hari anugerah cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.
|
BACAAN DOA
|
Cik eym
|
Hadirin yang
dihormati,
Majlis Hari Anugerah Cemerlang
ini diadakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada anak-anak kita agar
menempa kejayaan yang lebih memberangsangkan pada masa akan datang.
Sekolah KebangsaanPuchong Jaya yg
masih diusia awal remaja telah melahirkan begitu ramai pelajar yang cemerlang
sama ada dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum. Justeru, kita mengharapkan anak-anak
cemerlang yang ada dihadapan kita hari ini akan meneruskan kesinambungan
tersebut.
Hadirin yang dihormati,
Majlis pada pagi ini diteruskan
dengan ucapan guru besar skpjp,
Untuk itu dijemput En.Abd.Rahman
bin Mansor, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan...
|
UCAPAN GB
|
fesol
|
Terima kasin tuan guru besar dengan ucapan itu
tadi....
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami.
Sidang dewan yang
dihormati,
Tibalah masa yang
ditunggu-tunggu... Marilah sama-sama kita mendengar ucapan dan amanat yang
akan disampaikan oleh woo yuen seng, ydp PIBg skpjp 2011, dan seterusnya
merasmikan Majlis hari anugerah cemerlang 2011. dengan segala hormatnya
dipersilakan...
|
|
Cik eym
|
Majlis merakamkan
ribuan terima, kasih kepada Tuan Yang Dipertua PIBG, di atas ucapan dan sudi merasmikan majlis kami sebentar
tadi. Diharapkan dengan ucapan
sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk berdiri
teguh bersama-sama PIBG, dengan penuh minat dan iltizam demi melahirkan modal
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana
pembetung, bulat kata kerana muafakat’.
|
YDP PIBG
|
fesol
|
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda ucapan terima
kasih pihak sekolah....dengan ini
dijemput tuan guru besar Abd.Rahman bin mansor diiringi Puan rafeah
binti Basri Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk menyampaikan cenderamata
kepada EN WOO YUEN Seng YDP PIBG SKPJP. Sekali lagi dijemput En.Woo Yuen
Seng untuk naik ke pentas bagi menerima cenderamata dari pihak sekolah.
Terima
kasih tuan guru besar kerana sudi menyampaikan cenderamata.
|
cenderamata
|
Cik eymL
|
Hadirin yang dihormati,
Kurikulum kebangsaan perlu telah dikaji semula
bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan
modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan
Bidang pendidikan di negara kita telah melalui
pelbagai peringkat perubahan
Pada tahun
1983 kita mengguna pakai Kurikulum Sekolah Rendah
Kemudia
ianya berubah kepada
Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993 –
Seterusnya
bidang pendidikan telah berpaksikan kepada
Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)2003 –
Dan
setelah dibuat semakan
KBSR 2011
–maka wujudlah dasar yang ada sekarang iaitu
Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Momentom
transformasi dalam bidang pendidikan akan sentiasa berlaku sejajar dengan
perkembangan globalisasi semasa.
Untuk kita lebih memahami apa itu KSSR
Marilah
sama-sama kita menonton tayangan slide berkaitan KSSR
|
TAYANGAN SLIDE
|
fesol
|
Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis pagi ini berehat seketika.
Marilah sama-sama kita nikmati
persembahan daripada murid-murid prasekolah
Dipersilakan....
Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk
anak-anak kita yang cukup berbakat ini...
|
persembahan
|
BADROL
|
Hadirin yang dihormati....
majlis diteruskan
dengan acara penyampaian hadiah ...dimulakan dengan murid tahun
duapenyampaian hadiah buat murid-murid yang diibaratkan buah akhir KBSR
sebelum penilaian yg akan dibuat sejajar objektif KSSR...majlis mempersilakan
puan raja ainon bt raja abd.rahman untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.....
Baca
senarai nama.........
Terima
ksih puan raja ainon bt raja abd.rahman gpk kokurikulum kerana sudi menyampaikan hadiah.
|
Penyampaian hadiah tahun 2,3
YDP bagi
|
fesol
|
Majlis
seterusnya menjemput puan tee lin choo GPK HEM untuk menyampaikan hadiah
kepada murid tahun 3
Baca
senarai nama....................
Terima
kasih pn.tee lin choo...gpk HEM
|
|
Cik eym
|
Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu; Sekali hidup biarlah bererti, Isikan akal dengan ilmu
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil gaduasi
dan hadiah bagi murid-murid prasekolah.
Untuk itu majlis menjemput Puan rafeah binti basri
bagi mengiringi yang dipertua PIBG dan Tuan guru besar untuk menyampaikan
hadiah dan sijil graduasi.
Dipersilakan.
Terima kasih tuan yg dipertua PIBg dan tuan guru
besar kerana telah menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil graduasi buat
murid-murid prasekolah.
|
|
fesol
|
Majlis penyampaian hadiah
dihentikan lagi buat seketika bagi menikmati satu lagi persembahan iaitu __________________________________dari
murid-murid tahun ............. dibawah bimbingan en.abd.Hamid dan Puan Norazila.
Dipersilakan....
Tepukan yang gemuruh untuk
anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
|
|
Cik eym
|
Majlis anugerah Cemerlang SKPjP
2011 diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk murid-murid Tahap 2
Dijemput puan rafeah binti basri untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan....
( Baca senarai nama penerima
hadiah tahun 4,.
Terima kasih puan rafeah binti
basri...GPK pentadbiran
|
|
fesol
|
Majlis diterukan dengan
menpersilakan puan rafeah binti basri bagi mengiringi tuan guru besar
...en.abd.rahman bin mansor untuk menyampaikan hadiah buat murid-murid tahun
5
Baca senarai tahun 5
Terima kasih tuan guru besar
kerana sudi menyampaikan hadiah.
|
|
fesol
|
Hadiri dihormati....
Seterusnya adalah penyampaian
hadiah buat murid-murid tahun 6.untuk itu dijemput tuan guru besar bagi
mengiringi YDP PIBG untuk menyampaikan hadiah
|
|
Cik eym
|
Tokoh kokurikulum
Tokoh murid
Terima kasih diucapkan kepada __________________________________________
di atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada murid-murid
cemerlang itu tadi.
|
|
Hadirin yang dihormati....
Selesai sudah majlis Anugerah
Cemerlang Sek Keb Puchong jaya 2011 pada kali ini....ucapan tahniah buat
adik-adik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan
lagi di tahun yang akan datang....
Buat anak-anak yang berjaya
terimalah serangkap pantun dari cikgu...
Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa. |
||
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya
ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar
tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t.
Sekian, tarima kasih.....
assalammualaikum
|
good for sharing
BalasPadambingkisan idea yang menarik untuk bantu kite tulis skrip mesyuarat kite thnx sis
BalasPadamokeh no.prob....
BalasPadam