09 Mac 2012

bahasa kita dalam majalah


PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH HIBURAN

Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) majalah didifenisikan sebagai terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dan lain-lain lagi. Majalah merupakan salah satu media cetak untuk menyampaikan maklumat. Terdapat pelbagai jenis majalah yang dijual di pasaran. Antaranya majalah ilmiah dan majalah hiburan. Majalah ilmiah adalah Dewan Masyarkat, Dewan Siswa dan sebagainya. Majalah ilmiah ini membicarakan isu-isu semasa dunia tanah air. Ia dikarang oleh pengarang-pengarang yang umumnya autoritatif dalam bidang masing-masing. Manakala majalah hiburan pula adalah majalah URTV, MEDIA, mangga dan sebagainya. Majalah hiburan membicarakan tentang artis-artis. Pengarang-pengarangnya terdiri daripada golongan wartawan. Hari ini majalah hiburan paling laris di pasaran jika hendak dibandingkan dengan majalah ilmiah. Golongan remaja merupakan kumpulan yang paling gemar membacanya. Hal yang demekian terjadi kerana golongan remaja lebih suka membaca sesuatu yang ringan dan naluri remaja yang suka kepada isu-isu semasa dalam dunia artis. Tidak boleh dinafikan golongan dewasa juga mengemari majalah hiburan. Mungkin untuk merehatkan minda sambil mengentahui perkembangan semasa artis-artis kegilaan mereka.

2.0         Penggunaan bahasa dalam majalah hiburan
Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia ( antara seseorang individu dengan individu yang lain ). Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dengan manusia, manusia dengan haiwan, dan manusia dengan alam. Bahasa ini meliputi aspek lisan seperti perbualan, tulisan. Selain itu gerak badan juga merupakan salah satu bahasa untuk berhubung. Oleh itu setiap kejadian ini mempunyai bahasa yang tersendiri. Artikel ini akan menghuraikan pengguaan bahasa berdasarkan eleman-eleman bahasa dan rumus bahasa yang diperiksa terhadap majalah hiburan.

2.1      Elemen-eleman bahasa
Bagi mengetahui penggunaan bahasa dalam majalah hiburan, saya memilih tiga buah majalah sebagai bahan rumusan. Antaranya majalah URTV, Remaja,  dan Mangga. Isu-isu yang terdapat di dalam ketiga-tiga majalah ini adalah isu-isu mengenai artis-artis. Penggunaan bahasa merujuk kepada penggunaan stilistik bahasa ( gaya bahasa ) yang meliputi elemen-elemen bahasa dan rumus bahasa. Elemen-elemen bahasa  meliputi aspek diksi ( pemilihan kata ). Penggunaan diksi ini merangkumi penggunaan leksikal iaitu perkataan dengan makna seadanya atau perkataan yang membawa satu makna sahaja. Terdapat juga penggunaan  semantika dalam majalah hiburan. Semantika adalah kata yang mempunyai banyak makna.

2.3         Rumus bahasa
Rumus bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang standard dan berdasarkan rumus ( hukum bahasa ). Hukum bahasa meliputi penggunaan diksi dan betul dari segi sintaksis. Dalam majalah hiburan tidak menggunakan hukum bahasa yang betul. Terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang boleh dikesan dalam majalah hiburan. Kesalahan-kesalahan ini mungkin disengajakan atau para penulis tidak mengetahui hukum-hukum bahasa dan rumus bahasa. Rumus bahasa pula merujuk kepada pnggunaan bahasa yang piawai ( standard ) dan berdasarkan rumus ( hukum bahasa ).
2.4         Bahasa slanga
Menurut “The Oxford Companio to the English Language” oleh Tom McAithur ( 1996 ) istilah slanga ini berasal dari abad ke-18 yang bermakna “origin un certain”  iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi kata, selanga berasal dari kata “sling” iaitu sebahagian daripada ungkapan yang menghubungkaitkan dengan “begger language and rogus language” iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan. Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku iaitu tidak standard. Sering kali berubah dan secara umum berbeza dengan kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunakasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dan sebagainya)  yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi.
 Penggunan bahasa slanga ini begitu banyak terdapat dalam majalah hiburan. Antaranya perkataan “cun” ( Mangga / April 2011 / 15 ) , perkataan “awek, balak” ( Media / April 2011 / 63 ), perkataan “pakwe” ( URTV / April 2011 / 17 ).  Bahasa ini tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilah pupus setelah beberapa waktu, variasi rendah taraf daripada bahasa standard, kosa kata ada makna sendiri yang difahami oleh golongan tertentu. Sekiranya tidak dihentikan dalam bentuk penulisan ia akan timbul pula perkataan baru dan akan merosakkan bahasa. Penggunaan perkataan sebegini begitu ketara sekali dalam majalah-majalah hiburan. Golongan wartawan atau penulis dalam majalah hiburan sering menggunakan perkataan sedemekian kerana pembaca adalah merupakan golongan remaja yang sering menggunakan perkataan ini. Seharusnya penggunaan perkataan ini tidak boleh digunakan kerana ianya bukan bahasa baku dan tidak standard. Hanya golongan yang tertentu sahaja memahami perkataan ini. Langkah pencegahan perlulah diambil agar tidak berlaku pencemaran bahasa. Para wartawan mestilah memikirkan penggunan bahasa dalam majalah mereka agar kedaulatan bahasa melayu tidak terhakis. Walaupun bahasa slanga ini digunakan oleh golongan dewasa kita boleh menghapuskannya sedikit demi sedikit dalam bentuk penulisan. Sekiranya majalah-majalah hiburan tidak menggunakan bhasa slanga, lama-kelamaan bahasa ini akan terhakis.
2.5         Bahasa Rojak
Bahasa rojak telah dikesan seawal zaman kesultanan melayu Melaka apabila satu entrepot antara bangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402. Wujudnya bahasa rojak ini ekoran terdapat pelbagai bangsa di Melaka. Asalnya bahasa perbualan pedagang dunia dan penduduk yang mengguna pakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan mengikut kata ensiklopedia Malaysia ( vol. bahasa dan budaya ) ini merupakan sebahagian pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai bahasa rojak Malaysia. Penggunaan bahasa rojak di Malaysia merupakan topik yang kontrovasi oleh kerana para pengkaji bahasa menggangapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa.
Satu fonomena yang merebak di dalam majalah hiburan. Bahasa rojak yang sering digunakan dalam majalah hiburan adalah Bahasa Melayu di capur dengan Bahasa Inggeris. Contoh penggunaan bahasa inggeris “so” ( Mangga / April 2011 / 13 ) . Mengapakah tidak digunakan perkataan jadi?. Sepatutnya majalah ini menggunakan perkataan melayu kecuali perkataan pinjaman dalam Bahasa Inggeris. Perkataan “single” ( Mangga / April 2011 / 66 ) seharusnya perkataan “single” dalam Bahasa Melayu ialah bujang. Sekiranya wartawan majalah hiburan menggunakan bahasa melayu tidak akan timbul krisis bahasa di dalamnya. Banyak lagi penggunaan bahasa rojak Bahasa Melayu dicampur dengan Bahasa Inggeris dalam majalah hinuran. Wartawan majalah hiburan begitu selesa menggunakan bahasa rojak ini tanpa memikirkan kesan negetif pada penulisan mereka. Terdapat bahasa rojak dicampurkan dengan bahasa cina “lu mesti ikut gua” ( Media / April 2011 / 38 ). Perkataan itu boleh digantikan dengan awak mesti ikut saya. Bahasa boleh mencermikan identity sesebuah negara. Perkara ini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh.
2.6         Kesalahan tanda baca
Tanda baca adalah tanda atau simbol yang digunakan dalam tulisan. Tanda baca bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan kebiasaannya untuk intonasi (turun naik nada suara) serta untuk penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang.beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis. Tanda baca juga bertindak untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
Jenis-jenis tanda baca dalam Bahasa Melayu adalah titik atau noktah (.), koma (,), sempang (-), tanda pengikat kata atau petik (“…”), titik bertindih atau noktah bertindi (:), tanda Tanya (?), tanda seru (!). Dalam majalah hiburan kesalahan-kesalan ini kerap berlaku. Kesalahan yang paling ketara dalam majalah hiburan ialah tanda tanya, ayat seruan, tanda pengikat kata atau petik.
2.6.1     Tanda Tanya (?)
Kata tanya pada awalnya dalam bahasa latin adalah untuk mengindahkasikan pertanyaan. Orang harus menuliskan “question” di akhir kalimah untuk menandakn kalimah tersebut adalah kalimah tanya. Maka untuk menghemat tempat, kata tersebut disingkatkan menjadi “qo”, yang mana kemudian dimampatkan lagi menjadi huruf ”q” kecil di atas huruf “o” yang akhirnya makin lama makin habis dan garis mirip cacing persis seperti tanda tanya sekarang. Tanda tanya digunakan pada akhir ayat tanya atau pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata (‘”). Dalam majalah hiburan kesalahan ini dapat dikesan. Penggunaan tanda tanya telah ditulis selepas penutup kata. Contoh “Adakah anda bahagia sekarang”? (Media / April 2011 / 73). Sepatutnya tanda tanya ini ini berada sebelum penutup ( “ ) kata. Sebetulnya ia ditulis “Adakah anda bahagia sekarang?”. Kesalahan yang dapat dikesan lagi, tidak menggunakan pada ayat tanya. Contoh “orang secantik Kris pasti sudah berpunya, betul tak!”. ( Mangga / April 2011 / 39 ). Beliau menggunakan tanda seru pada ayat tanya tersebut. Tempat itu perlu diletak tanda tanya. Wartawan majalah hiburan tidak menitikberatkan penggunaan tanda tanya dalam etikal mereka. Seharusnya perkara ini tidak berlaku dalam bentuk penulisan agar Bahasa Melayu dapat ditingkatkan.
2.6.2     Tanda seru
Tanda seru seperti juga tanda tanya pada awalnya dimulai dengan memupuk huruf. Tanda ini berasal dalam bahasa lain “io” yang bererti “seruan kegembiraan”. Ketika huruf “i” ditulis di atas huruf “o”, lama-lama dipersingkat tanda seru sperti tanda seru sekarang. Tanda seru ini digunakan dalam ayat seruan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan. Antaranya adalah “aduh” menyatakan perasaan sakit, “cis” menyatakan peresaan mengejek atau marah, “eh” menyatakan perasaan hairan atau terkejut, “hai” menegur seseorang atau menarik perhatian, “nah” memberikan sesuatu atau menarik perhatian, “oh” menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa dan sebagainya, “wah” untuk menyatakan perasaan kagum, “amboi” menyatakan rasa kagum atau hairan, “wahai” menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian, ‘aduhai” untuk menyatakan perasaan hati yang kecewa, “tahniah” atau “syabas” menyatakan rasa bangga terhadap kejayaan seseorang, “alamak” untuk menyatakan perasaan terkejut, “bedebah” untuk menyatakan perasaan marah, “alahai” untuk menghina, “ha” untuk menyatakan perasaan hairan, “ya Allah” untuk menyatakan perasaan terkejut, “masya – Allah” untuk menyatakan perasaan hairan atau marah. Pada akhir ayat seru mestilah di letakkan tanda seru (!).
Majalah-majalah hiburan nampaknya tidak menggunakan tanda seru (!) di tempat yang betul. Contohnya “Wah… banyaknya kamera milik bintang Mystarz lg musim ke-2, Nasrin atau nama penuhnya Wan Nashrinie Zafri (22 tahun) ni” ( Mangga / April 2011 / 23 ). Wartawan majalah hiburan ini terkejut melihat kamera milik Wan Nashrinie Zafri yang terlalu banyak, tetapi tidak menggunakan tanda seru (!) yang betul. Seharusnya selepas wah dimasukan koma (,) dan di akhir ayat di letakkan tanda suru (!). Sepatutnya ayat tersebut ditulis “Wah, banyaknya penggunan kamera milik bintang Mystarz lg musim ke-2 !”. Terdapat juga penggunaan tanda seru (!) di letakkan bukan di tempat yang betul. Contoh “Orang secantik kris sudah pasti sudah berpunya, betul tak!” ( Mangga / April 2011 / 39 ). Seharusnya tedak perlu memasukkan tanda seu (!) pada ayat tersebut. Ayat itu merupakan ayat tanya. “Tahniah mangga ucapkan kepada pasangan pengantin baru penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan pelawak kumpulan sepah, Shahmira Muhamad ( Shuib ) yang diijabkabulkan pada 26 Februari lalu di Jeumpa D’Roma, Bangsar” ( Mangga / April 2011 / 26 ). Selepas tahniah tidak di letakkan koma ( , ) dan di akhir ayat tidak di letakkan tanda seru ( ! ). Para penulis dalam majalah hiburan langsung tidak memikirkan penggunaan tanda seru ini di dalam etikal penulisannya. Pekara ini perlu diambil berat oleh penulis kerana golongan yang paling ramai membaca majalah hiburan adalah golongan remaja.
2.6.3     Pengikat kata atau tanda petik ( “ )
Tanda pengikat kata atau tanda petik ( “ ) adalah kata yang digunakan dalam keadaan-keadaan yang tetentu seperti menulis cakap ajuk atau pada jadual sesuatu karangan, puisi, etikal dan sebagainya di dalam ayat. Penggunaan tanda petik ( “ ) ini hendaklah digunakan di tempat yang betul. Dalam majalah hiburan penggunaan tanda petik ( “ ) ini tidak dititiberatkan. Contoh “sekarang ni kita boleh tengok ramai penyanyi baru muncul ( Mangga / April 2011 / 23 ). Tanda petik di letakkan sebelum perkataan “sekarang”. Tidak perlu meletakan tanda petik ( “ ) ini kerana ia bukanlah dalam cakap ajuk. Ayat tersebut adalah ayat penyata. “Hehe … Alhamdulillah, hubungan kami masih baik seperti biasa. ( Mangga / April 2011 / 36 ). Di akhir ayat tidak di letakkan tanda petik ( “ ). Seharusnya di letakkan tanda petik kerana ayat tersebut adalah cakap ajuk. Jelaslah amat ketara majalah hinuran terutama majalah Mangga  begitu banyak sekali kesalahan penggunaan tanda petik ( “ ).

3.0         Penggunaan huruf besar
Huruf besar adalah huruf yang digunakan dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Antaranya adalah huruf besar sebagai huruf pertama kata pada awal kalimah, huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan nama Tuhan dan kitab suci termasuk kata ganti untuk Tuhan. Huruf pertama dari nama gelaran kehormatan, keturunan dan keagamaan yang diikut nama orang, nama jabatan, dan pangkat. Ia juga diguna pada huruf pertama nama orang, huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa. Huruf pertama untuk tahun, bulan, hari raya, dan persitwa, huruf pertama nama geografi, huruf pertama nama negara, huruf pertama gelaran dan pangkat. Pengunaan huruf besar amat penting dalam penulisan kerana ia akan menetukan betul atau salah penggunaan bahasa. Terdapat beberapa kesalahan peraturan penggunaan huruf besar dalam majalah hiburan. Salah penggunaan menyebabkan editing akan menjadi lebih panjang. Majalah banyak menggunakan huruf besar dengan tidak mengikut peraturan tatabahasa. Contohnya nama orang atau kata nama khas ditulis dengan huruf besar kesemuanya “Cara DAFI elak buatan orang” ( Mangga / April 2011 / 27 ). Sepatutnya ditulis “Cara Dafi elak buatan orang”. Dafi adalah nama orang yang merujuk kata nama khas. Dalam majalah Mangga telalu banyak kata nama khas terutama nama orang ditulis dengan huruf besar kesemuanya. Terdapat juga penggunaan huruf kecil pada nama Tuhan. Contohnya “Doa anak yang solehah akan sentiasa dimakbulkan oleh tuhan” ( Mangga / April 2011 / 79 ). Tuhan telah ditulis dengan huruf kecil. Terdapat juga penggunaan huruf besar di tengah-tengah ayat sedangkan tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Contohnya “Kecewa sangat Mungkin dia dah ada pakwe lain kut” ( Mangga / April 2011 / 84 ). Huruf “M” pada perkataan mungkin ditulis dengan huruf besar. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Penggunaan huruf besar dicampur dengan huruf kecil pada kata nama khas. “ZaRinA” ( URTV / April 2011 / 78 ). Kata nama khas seharusnya titulis dengan huruf besar pada huruf pertama. Ternyata majalah hiburan banyak menggunakan kata nama khas tidak pada tempat yang betul.

4.0         Singkatan perkataan
Singkatan perkataan adalah sesuatu perkataan telah disingkatkan. Perkataan yang disingkatkan itu salah dalam standard Bahasa Melayu. Majalah Mangga banyak menggunakan singkatan perkataan. Contoh Kuala Lumpur disingkatkan “KL” ( Mangga / April 2011 / 32 ). “AF” ( Mangga / April 2011 / 66 ). “AF” ialah Akedemi Fantasia, tetapi telah disingkatkan dalam majalah Mangga. Dalam penulisan Bahasa Melayu singkatan huruf tidak boleh ditulis. Wartawan majalah hiburan sengaja menggunakan singkatan perkataan kerana golongan yang membacanya adalah golongan remaja. Golongan remaja sering menggunakan bahasa singatan mereka semasa menghantar mesej dalam telefon bimbit. Perkara ini tidak harus berlaku kerana salah dari segi penulisan Bahasa Melayu. Sekirannya tidak disekat dari awal lagi, kemungkinan Bahasa Melayu akan hilang jati dirinya.

5.0         Penggunaan dielak
Di Malaysia terdapat banyak variasi bahasa. Variasi ini ialah perbezaan bentuk-bentuk bahasa antara negeri. Dengan ini terdapat perbezaan dialek antara pengguna berdasarkan daerah atau perbezaan geografi. Terdapat juga perbezaan idiolek iaitu perbezaan sebutan antara individu dengan individu yang lain. Oleh itu wujudnya isoglos iaitu garis sempadan linguistik yang memisahkan satu dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa. Dielek adalah kelainan bahasa yang bebeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku yang digunakan secara tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian mereka. Penutur dialek ini tidak patuh kepada peraturan tatabahasa dan tidak mementingkan tatabahasa. Sebutannya pula tidak tepat dan tidak mengikut ejaan yang betul. Ianya menggunakan unsur-unsur  kependekan kata dan sistem sapaan yang berbeza. Dalam majalah-majalah hiburan banyak digunakan bahasa dialek. Contohnya “haha… bila dah nakal tu, faham-faham saje la” ( Mangga / April 2011 / 63 ). Ejaan sahaja telah disingkatkan dan ditulis “saje”. Ejaannya pula salah. Sepatutnya huruf “e” itu diganti dengan huruf “a”. “Mangga ucapkan selamat Berjaya ye” ( Mangga / April 2011 / 41 ). Ejaan “ye” salah, ejaan yang betulnya ialah “ya”. “Hang tu mai sini sat” ( Media / April 2011 / 76 ). Di sini jelas sekali dialek Kedah ditulis dalam penulisannya.  Fonomena ini berlaku kerana kebanyakan golongan wartawan majalah hiburan menggunakan neka rendah dalam penulisannya. Sebutan yang digunakan pula tidak sempurna. Perkataan-perkataan yang ditulis tidak berbentuk lengkap. Ayat dan intonasi yang digunakan tidak rapi. Situasi sebegini berlaku kerana wartawan majalah hiburan mewujudkan dialek sosial dalam bentu penulisan. Seharusnya wartawa peka terhadap penulisan mereka dengan menggunakan bahasa baku yang betul. Walaupun setiap individu atau setiap negeri mempunyai bahasa dialek masing-masing, Bahasa Melayu baku mestilah digunakan dalam situasi formal. Dengan menggunakan Bahasa Melayu baku, ia akan menjamin kedaulatan bahasa.

03 Mac 2012

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS


Teks Pengacara Majlis
Hari Anugerah Cemerlang 2011

PEMBACA
SKRIP
ATURAN MAJLIS
Cik eym

Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...
Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Sayang selasih berisi minyak, 
Bunga cengkih di atas jerami; 
Terima kasih banyak-banyak, 
Sudi datang ke majlis kami. 


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Dialu-alukan, Encik Woo Yuen Seng – Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya

Yang Berusaha, EN.abdul rahman bin mansor,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya.

Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan SKPJP :

Puan Rafeah binti Basri – GPK Pentadbiran
Puan tee Lin Choo  – GPK Ko-Kurikulum
Puan raja Ainon binti Raja Abdul Rahman – GPK HEM

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SKPjP sesi 2010/2011 guru-guru penjana modal insan gemilang, para ibu bapa pendukung generasi berwawasan, , dan seterusnya muridku anakku sayang.

Selamat datang ke Hari Anugerah Cemerlang Sek.Kebangsaan Puchong Jaya 2011

Puji dan syukur ke hadhirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pendidikan.


Tetak buluh panjang suluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.


UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
faisol
Hadirin dihormati.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz ................................................... , dipersilakan…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz .................................................................... kerana mengetuai bacaan doa itu tadi.  Mudah-mudahan kita diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis hari anugerah cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.




BACAAN DOA
Cik eym
Hadirin yang dihormati,
Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini diadakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada anak-anak kita agar menempa kejayaan yang lebih memberangsangkan pada masa akan datang.

Sekolah KebangsaanPuchong Jaya yg masih diusia awal remaja telah melahirkan begitu ramai pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum.  Justeru, kita mengharapkan anak-anak cemerlang yang ada dihadapan kita hari ini akan meneruskan kesinambungan tersebut.

Hadirin yang dihormati,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan guru besar skpjp,
Untuk itu dijemput En.Abd.Rahman bin Mansor, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan...

UCAPAN GB

fesol
Terima kasin tuan guru besar dengan ucapan itu tadi....
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Sidang dewan yang dihormati,
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu... Marilah sama-sama kita mendengar ucapan dan amanat yang akan disampaikan oleh woo yuen seng, ydp PIBg skpjp 2011, dan seterusnya merasmikan Majlis hari anugerah cemerlang 2011. dengan segala hormatnya dipersilakan...





Cik eym

Majlis merakamkan ribuan terima, kasih kepada Tuan Yang Dipertua PIBG, di atas ucapan  dan sudi merasmikan majlis kami sebentar tadi.  Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk berdiri teguh bersama-sama PIBG, dengan penuh minat dan iltizam demi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.  Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.
 
YDP PIBG
fesol
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah....dengan ini  dijemput tuan guru besar Abd.Rahman bin mansor diiringi Puan rafeah binti Basri Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk menyampaikan cenderamata kepada EN WOO YUEN Seng YDP PIBG SKPJP. Sekali lagi dijemput En.Woo Yuen Seng untuk naik ke pentas bagi menerima cenderamata dari pihak sekolah.

Terima kasih tuan guru besar kerana sudi menyampaikan cenderamata.


cenderamata
Cik eymL
Hadirin yang dihormati,


Kurikulum kebangsaan perlu telah dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan

Bidang pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat perubahan

Pada tahun 1983 kita mengguna pakai Kurikulum Sekolah Rendah

Kemudia ianya berubah kepada
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993 –
Seterusnya bidang pendidikan telah berpaksikan kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)2003 –
Dan setelah dibuat semakan
KBSR 2011 –maka wujudlah dasar yang ada sekarang iaitu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Momentom transformasi dalam bidang pendidikan  akan sentiasa berlaku sejajar dengan perkembangan globalisasi semasa.
 Untuk kita lebih memahami apa itu KSSR
Marilah sama-sama kita menonton tayangan slide berkaitan KSSR


TAYANGAN SLIDE

fesol
Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis pagi ini berehat seketika. Marilah sama-sama kita nikmati  persembahan daripada murid-murid prasekolah

Dipersilakan....

Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita yang cukup berbakat ini...




persembahan
BADROL
Hadirin yang dihormati....


majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah ...dimulakan dengan murid tahun duapenyampaian hadiah buat murid-murid yang diibaratkan buah akhir KBSR sebelum penilaian yg akan dibuat sejajar objektif KSSR...majlis mempersilakan puan raja ainon bt raja abd.rahman untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.....

Baca senarai nama.........


Terima ksih puan raja ainon bt raja abd.rahman gpk kokurikulum kerana sudi  menyampaikan hadiah.

Penyampaian hadiah tahun 2,3

YDP bagi
fesol
Majlis seterusnya menjemput puan tee lin choo GPK HEM untuk menyampaikan hadiah kepada murid tahun 3

Baca senarai nama....................

Terima kasih pn.tee lin choo...gpk HEM






Cik eym
Berkat rimbunnya si pokok jati,
   Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
   Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil gaduasi dan hadiah bagi murid-murid prasekolah.

Untuk itu majlis menjemput Puan rafeah binti basri bagi mengiringi yang dipertua PIBG dan Tuan guru besar untuk menyampaikan hadiah dan sijil graduasi.
Dipersilakan.

Terima kasih tuan yg dipertua PIBg dan tuan guru besar kerana telah menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil graduasi buat murid-murid prasekolah.



fesol
Majlis penyampaian hadiah dihentikan lagi buat seketika bagi menikmati satu lagi persembahan iaitu __________________________________dari murid-murid tahun ............. dibawah bimbingan en.abd.Hamid dan Puan Norazila. Dipersilakan....

Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi.





>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 





Cik eym
Majlis anugerah Cemerlang SKPjP 2011 diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk murid-murid Tahap 2

Dijemput puan rafeah binti basri  untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan....

( Baca senarai nama penerima hadiah tahun 4,.

Terima kasih puan rafeah binti basri...GPK pentadbiran

fesol
Majlis diterukan dengan menpersilakan puan rafeah binti basri bagi mengiringi tuan guru besar ...en.abd.rahman bin mansor untuk menyampaikan hadiah buat murid-murid tahun 5

Baca senarai tahun 5

Terima kasih tuan guru besar kerana sudi menyampaikan hadiah.




fesol

Hadiri dihormati....

Seterusnya adalah penyampaian hadiah buat murid-murid tahun 6.untuk itu dijemput tuan guru besar bagi mengiringi YDP PIBG untuk menyampaikan hadiah









Cik eym
Tokoh kokurikulum

Tokoh murid

Terima kasih diucapkan kepada __________________________________________ di atas kesudian

 menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang itu tadi.



Hadirin yang dihormati....
Selesai sudah majlis Anugerah Cemerlang Sek Keb Puchong jaya 2011 pada kali ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang....

Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendak dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.




Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t.

Sekian, tarima kasih.....
assalammualaikum